Tiket Konsert BlackPink di Malaysia Tahun Depan Habis Terjual

Hiburan
Tiket Konsert BlackPink di Malaysia Tahun Depan Habis Terjual
Adakah anda bersedia untuk 'Hit you with that ddu-du ddu-du du?'

Kumpulan Kpop sensasi BlackPink itu bakal membuat kemunculan julung kalinya  di Malaysia bagi konsert 'Black Pink 2019 World Tour ( In Your Area )’.

Seperti biasa sambutan yang diberikan oleh peminat Malaysia kepada kumpulan tersebut sangat menggalakkan sehingga tiket sudah habis dijual.

Tiket yang mula dijual pada harga RM273 sehingga RM673 melalui laman web penganjur, Macpiepro pada Rabu itu telah dipenuhi peminat fanatik BlackPink sejak penjualan tiket tersebut dilancarkan pada pukul 12 tengah hari.

BlackPink sangat popular dengan lagu Forever Young, Whitsle, Boombayah dan kolobarasi bersama penyanyi Dua Lipa dengan lagu Kiss and Makeup.

Untuk siri jelajah ini, BlackPink bakal menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Ddu-Ddu Ddu-Du selain membuat persembahan solo dan juga remix.

Konsert Black Pink 2019 World Tour ( In Your Area ) akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Febuari 2019. Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal menjelajah Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Sumber: Astro Awani
Foto: Billboard

Artikel Berkaitan