Pelakon cilik, Rykarl Iskandar pernah melalui pengalaman sekolah di rumah kerana komitmen dalam bidang seni.

Ujarnya, dia pernah bersekolah biasa sehingga darjah 3 sebelum mengikuti pembelajaran di rumah selama dua tahun dari darjah 4.

"Senang sikit kerja saya antara sekolah dengan shooting. Biasanya 'home schooling' selama 3 hingga 4 jam," katanya kepada program HLive.

Pelakon berusia 13 tahun ini mengakui pengalaman bersekolah biasa lebih menyeronokkan.

"Saya akui di sekolah memang best, peluang keemasan masa darjah 6 apabila saya dapat balik jumpa kawan tapi di sekolah lain.

"Home schooling sebenarnya memudahkan kerja saya. Di tempat 'shooting' saya ada kawan, di kawasan perumahan juga ada kawan jadi tiada masalah boleh ajak mereka bila nak keluar," katanya.

Meskipun sering sibuk dengan lakonan, Rykarl juga menyatakan bersukan merupakan aktiviti penting untuk diri kekal sihat.

"Saya hanya sukan sendiri bila ada masa terluang untuk cerdaskan otak. Kalau belajar saja tak cerdas, jadi kena buat aktiviti sukan.

"Sebenarnya, saya 'home schooling' sebab saya bekerja jadi mana-mana pun boleh ikut tapi sekolah lebih baik.

"Tiada pengalaman tak seronok juga macam saya. Nanti dah besar mesti rindu balik zaman masa kecil," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rykarl_official