Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna meminta cadangan dari peminatnya tentang artis yang harus dipilih untuk ditampilkan dalam album terbarunya.

Menurut Yuna, dia akan menghantar mesej secara peribadi (DM) kepada artis terbabit.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Here's proof I have been in the studio okay, I know I probably asked this but I'm gonna ask again.

"Who do you think I should collab with on this album, I will send them a shameless DM right now," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan mengikut pendapat masing-masing, antara artis antarabangsa yang dicadangkan adalah Dua Lipa, Charlie Puth dan Jay Park.

here’s proof i’ve been in the studio ok #receipts. i know i probably asked this but im gonna ask again.. who do you think I should collab with/feature on this album i’ll send them a shameless DM right now??

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on


Yuna mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya ke persada hiburan antarabangsa menerusi nyanyian dalam genre Pop dan Rock Indie.