Kehebatan vokal dan kredibiliti penyanyi Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly dan Ernie Zakri memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Gabungan vokal kedua-dua mereka dalam lagu Aku Cinta ternyata memberi impak positif dalam kerjaya seni masing-masing untuk terus menghasilkan single yang berkualiti.

Biarpun masih baru dalam bidang hiburan, Syamel dan Ernie berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila menduduki tempat teratas Video Paling Trending di YouTube Malaysia sepanjang 2018 dengan persembahan langsung mereka menyanyikan lagu Aku Cinta.


Tidak dapat dinafikan lagi bakat yang ada pada Syamel dan Ernie kerana karya terbaharu mereka iaitu Kau Pun Sama dan Ku Bersuara mendapat pujian daripada peminat.

Gabungan dua vokal padu ini akan disatukan atas satu pentas dalam program Bintang Minggu Ini.

Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.

Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.

Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.