Aktres jelita Fasha Sandha berkongsi sebuah video menaiki motosikal bersama tunangnya, Aidil Aziz untuk menyaksikan perlawanaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada malam tadi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Demi Malaysiaku tercinta, tak sempat nak bersiap melawa, tak mengapa asalkan tak lambat.

"Merempit dengan Encik Tunang ke stadium, video ni diambil sebelum sampai ke stadium," tulis Fasha sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat Fasha dan Aidil dan mengatakan mereka kelihatan sweet bersama.

"Sweet sangat.

"Comel lah korang berdua, semoga happy selalu.

"Sweet lah Fasha dan Aidil ni," tulis netizen.

Perlawanan malam tadi menyaksikan kesudahan kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2, sementara itu, perlawanan timbal balik di Hanoi akan berlangsung pada 15 Disember bagi memuktamadkan milik siapa gelaran Raja Asia Tenggara bagi edisi kali ini.

Demi Malaysia ku Tercinta ❤ Tak sempat nak bersiap melawa, tak apa, asalkan tak lambat ☺️ Merempit with Encik Tunang ke Stadium Video ni sebelum sampai ke stadium tadi

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on