Beberapa keping gambar Rozita Che Wan atau Che Ta bersama suaminya Zain Saidin dimuat naik Che Ta di Instagram beliau sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

Ada caption yang romantis dan sweet dan ada juga caption yang agak kelakar turut ditulis bersama gambar-gambar tersebut.

Untuk caption gambar pertama, Che Ta menulis “Happy 5th Anniversary sayang Zain Saidin.
Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah .. terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta.”

Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23 ? . Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta ? #11/12/13 . ? @syedewa . ? @blackpepperproduction @pakcik_airielazrie @fadzlinordin

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Gambar yang kedua pula ucapannya lebih ringkas. “Happy 5th Anniversary sayang Zain Saidin,” yang disertakan dengan hashtag #zsrcw

Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23 #zsrcw . ? @syedewa . ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Pada gambar yang ketiga, captionnya agak kelakar bercampur sweet apabila Che Ta menulis “Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak, tgk la size sebelum dgn selepaih. kiqa nya zain bahagia la kot no....dulu size XS, la M. Size doesn’t matter sayang, bila hati dah terpaut. Happy 5th Anniversary sayang Zain Saidin! I love you so much.”

Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak , tgk la size sebelum dgn selepaih.. kiqa nya zain bahagia la kot no....dulu size XS , la M ? .. Size doesn’t matter sayang , bila hati dah terpaut? . Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23 ! I love you so much ? . #zsrcw #5thanniversary #11/12/13 . . ? @syedewa . ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Caption terakhir memang agak mencuit hati apabila membacanya. Tulis Che Ta, “Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain masa tu baqu darjah 2.. So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi, jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie .... mungkin jodoh uolss tu tgh dok up.. Happy Anniversary sayang Zain Saidin.. nasib baik u cepat ligan i...”

Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 .. So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie .... mungkin jodoh uolss tu tgh dok up? .. . Happy Anniversary sayang @zainsaidin23 .. nasib baik u cepat ligan i .. ?? . #5thanniversary #zsrcw . . ? @syedewa . ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Jom kami belanja beberapa keping gambar daripada majlis pernikahan Che Ta dan Zain Saidin lima tahun dulu.















Hasil perkahwinan mereka pada tahun 2013, Che Ta dan Zain dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain. Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan beliau yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Kredit Gambar: Instagram @rozitachewan1
Kredit Gambar Pernikahan: Astro Awani