Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa menolak untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan aktor Nazim Othman.

Menerusi entri di Instagram (IG), Afeefa berkongsi gambar bersama Nazim dan perkara itu membuatkan netizen beranggapan bahawa mereka sesuai untuk bersama.

"Putera kayangan," tulisnya ringkas.

Putera kayangan ?

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on


Rata-rata bersetuju jika Afeefa dan Nazim menjalinkan hubungan percintaan bersama memandangkan mereka berdua ini masih single dan sepadan.




Namun, menerusi ruangan komen Afeefa mengakui mereka berdua tidak sesuai untuk bercinta memandangkan dia sudah menganggap Nazim sebagai abangnya.

"No way! He’s like my brother already laaaaa," tulisnya.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 namun hubungan mereka menemui titik noktah pada tahun 2017.

Nazim juga pernah berkahwin dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016 dan memutuskan untuk bercerai pada 17 Mei lalu.