Menunaikan janji anak-anaknya untuk menonton perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam malam tadi, Rita Rudaini berkongsi momen-momen indah mereka sekeluarga di restoran mamak.

Tetap memberikan sokongan buat skuad kebangsaan, Rita yang turut ditemani teman rapatnya kelihatan teruja menonton perlawanan itu.

"Ada geng nak join tengok kat mamak. Ok kan tengok kat mamak, tak dosa kan?" tulisnya ringkas.

?? ada geng nk join tgk kt mamak....ok kan tgk kt mamak,x dosa kan? ? nite

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Dalam rakaman video terbabit, kedua-dua anaknya, Rayyan dan Arjuna melompat kegembiraan apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol.

Rita sebelum ini pernah mendedahkan banyak pihak yang bermurah hati untuk menghadiahkan tiket perlawanan akhir pertama itu buat kedua-dua anaknya.

Namun, memetik laporan Harian Metro, pelakon itu akan mempertimbangkan untuk turun ke stadium menyaksikan perlawanan itu sekiranya undangan itu datang daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Tindakan Rita yang hanya memilih untuk menonton perlawanan bola sepak itu di restoran mamak mendapat pujian netizen.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan itu profesional.

"Jika pergi sana boleh buat orang yang kita sayang kacau bilau dan mampu mengganggu kerja dia lebih baik jangan pergi.

"Jangan ganggu kerja dia, bagi dia fokus untuk negara. Hormat orang yang kita sayang. Be professional not emotional," tulis salah seorang pengguna.