Komposer dan pemuzik terkenal, Edrie Hashim gembira apabila ramai selebriti mula mengetengahkan mengenai kesedaran autism.

Edrie mempunyai seorang anak autism yang bernama Darren Haikal yang kini berusia 14 tahun.

My son Darren Haikal “Graduation Day” today, Tahun depan Darren dah pindah sekolah menengah. Terima Kasih para semua guru2 PPKI Taman Permata yg sabar menjaga Darren dari kecik sampai akhil baligh ?, Allah SWT sahaja yg mampu membalas jasa cikgu2 semua. ???? #darrenhaikal #alhamdulillah #graduationday? #myboy #autism #autismawareness #autismsuperstar #jumpalagi #ppki #sktp #tamanpermata #darrenhaikal

A post shared by Edrie Hashim (@edriehashim) on


"Pendedahan tentang autism semakin baik. Ramai selebriti yang mula mengetengahkan mengenai kesedaran ini.

"Mungkin 10 tahun lepas, pengalaman yang saya tempuhi saya agak menyanyat hati. Kami sebagai ahli keluarga memang menerima tetapi agak menyedihkan apabila orang ramai tidak memahami dan memandang serong.

"Saya harap bila ramai selebriti bercerita mengenai autism, kesedaran itu wujud," katanya kepada HLive.

Edrie juga sempat bercerita mengenai anaknya yang kini sedang menuju ke alam remaja.

"Darren kini sudah berusia 14 tahun. Jika dahulu, dia selalu tantrum, sekarang dia lebih rileks.

14 years ago, at 1:57pm today, my gorgeous Darren Haikal was born. Happy Birthday syg, u will always be my heart n soul. ? Semoga dilindungi Allah SWT selalu syg. #myboy #mynyawa #darrenhaikal #autismawareness #autismstars #autismparenting #themeaningoflife #unconditionallove #forever #igotyou

A post shared by Edrie Hashim (@edriehashim) on


"Atas sebab itu juga, saya dedahkan dia dalam akaun media sosial saya, biar orang kenal dan tahu mengenai autism," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).