Musim cuti sudah bermula! Semestinya anda ingin mencari sesuatu untuk mengisi masa lapang dan berhibur bersama keluarga dan teman-teman.

Gempak mencadangkan agar anda menghabiskan masa untuk menonton filem hebat, BUMBLEBEE yang bakal bersiaran pada 20 Disember di pawagam terdekat!

BUMBLEBEE? Filem apa tu? Watak dalam filem Transformers ke? Haa, Gempak senaraikan empat sebab untuk anda wajib menonton filem best ini!

1. Prekuel filem Transformers… Segala rahsia mengenai BUMBLEBEE akan dibongkarkan!


(sumber: https://www.youtube.com/watch?v=oVwkxkH35vc)

Ya, tekaan anda betul! Filem ini diangkat dari watak hebat dari siri filem Transformers. Setelah enam filem dari siri tersebut menemui penonton, sudah tiba masa penonton mengetahui asal usul BUMBLEBEE yang comel menerusi filem ini. BUMBLEBEE merupakan prekuel filem pertama Transformers yang ditayangkan pada tahun 2007. Jadi, semua rahsia mengenai BUMBLEBEE akan diceritakan dalam filem hebat ini… Bestnya!

2. Pelakon yang hebat!


(sumber: https://www.youtube.com/watch?v=oVwkxkH35vc)

Filem ini dibarisi dengan barisan bintang hebat Hollywood, antaranya Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., John Ortiz, Jason Drucker, Pamela Adlon dan ramai lagi. Kalau anda peminat gusti, anda boleh melihat sisi lain John Cena dalam filem ini!

3. Aksi yang hebat... Banyak aksi menarik BUMBLEBEE yang belum pernah anda lihat dapat disaksikan dalam filem ini!


(sumber: https://www.youtube.com/watch?v=oVwkxkH35vc)

Seperti mana siri filem Transformers yang pernah ditayangkan, filem ini juga memaparkan aksi yang hebat! Pastinya anda tak senang duduk menyaksikan aksi menarik dalam filem ini, best sangat! Pastinya, segala aksi BUMBLEBEE yang belum pernah anda saksikan dalam filem-filem terdahulu dapat dilihat dalam filem ini… Mesti anda terhibur juga melihat keletah BUMBLEBEE yang comel ni!

4. Filem live-action pertama arahan Travis Knight

Datang dari dunia animasi, nama Travis Knight tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mengarahkan filem animasi 'Kubo and the Two Strings' yang pernah meraih dua nominasi Oscar pada tahun 2016, BUMBLEBEE merupakan filem 'live-action' pertama yang diarahkan oleh Travis!

Ha, tak payah fikir panjang, jangan buang masa, ajak rakan-rakan anda menonton filem ini! Jangan lupa saksikan BUMBLEBEE di pawagam berdekatan bermula 20 Disember ini!