Pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi sebuah video dirinya sedang minum susu kuda ketika bercuti di luar negara.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Teraju utama filem Dukun itu berpesan kepada pengikutnya supaya berhati-hati jika ingin mencuba sesuatu yang baru kerana belum tentu sesuai dengan tubuh badan.

"Bukan semua makanan yang berkhasiat sesuai untuk badan kita. Tadi lunch me minum susu kuda, makan daging kuda dan daging kambing.

"Tak sampai 1 jam me muntah segala yang me makan. Moral of the story..berhati-hati nak try sesuatu yang baru, perut kita bukan level depa," tulis Umie.

Bukan semua makanan yg berkhasiat sesuai untuk badan kita. Tadi lunch me minum susu kuda & makan daging kuda & daging kambing. Tak sampai 1 jam me muntah segala yg me mkn . Moral of the story.. berhati2 nak try sesuatu yg baru , perut kita bukan level depa. ?

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Rata-rata pengikut turut kagum dengan keberanian Umie mencuba serta mendoakan kesembuhan dirinya.

"@tuliplifecanvas: At least you tried..Pengalaman merasa itu berharga and you knew your body cant accept after you try."

"@aisyanadiera: Sekurangnya @umieaida9 dah rasa la susu kuda so dah tahu rasa macam mana, alhamdulillah nikmat untuk rasa Allah bagi, walaupun lepas tu muntah, semoga cepat baik."

"@faiszthe3rd: Siannya kak me..hati-hati bila makan minum tu ok..Bulan depan nak birthday kan..Takmau sakit-sakit tau."

"@millaqurshiah: Sunah nabi daging dan susu memang tak boleh campur kak..Kalau makan memang akan sakit perut..Makanan laut dan darat tak boleh makan serentak nanti perut meragam..Apapun saya doakan kesembuhan akk umi."