Pelakon dan pelawak, Shuin Sepahtu akui kagum dengan lakonan Zizan Razak menerusi filem Polis Evo 2 (PE2).

Kata Shuib, karakter Inspektor Sani yang dibawa Zizan untuk sekuel (PE2) ini sememangnya diluar jangkaan.

Shuib berkongsi pendapatnya menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.



Selain Zizan, Shuib juga memberitahu lakonan aktor hebat Shaheizy Sam juga tidak perlu dipertikaikan.

“Lain macam! Sam, zizan dan team saya rasa untuk Polis Evo 2 ini memang takt ahu nak cakap.

“Memang rasa lain macam. Zizan out of the box. Sam lagilah kita tidak boleh nak cakap, Hasnul, semualah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib juga turut memuji jalan cerita dan team produksi Polis Evo 2.

Review Polis Evo 2!!!! @shaheizy_sam @zizanrazak869 #polisevo2 #terbaikboh

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


“Jalan cerita, ending, action, semua cukup. Untuk Polis Evo 2 ni kematangan daripada Polis Evo nampak jelas. Tahniah untuk team Polis Evo 2,” katanya.

Selain Sam dan Zizan, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Foto: Instagram @shuibsepahtu