Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menyangka dapat membantu pemandu Grab memandu kereta yang sepatutnya membawanya sebagai penumpang.

Fazley berkata ia agak lucu kerana ia pengalaman yang agak jarang berlaku apabila penumpang sendiri yang memandu kereta pemilik Grab.

Menceritakan kejadian tersebut, Fazley memberitahu dia sekadar mahu membantu pemandu Grab yang panik apabila tidak dapat memandu keretanya ketika waktu hujan, tambahan pula wiper keretanya juga tidak berfungsi.

“Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!”

“Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway,” tulisnya.

Pemilik restoran SukaSucre Bistro itu berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram peribadinya.
Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik videonya bertukar tempat dengan pemandu dan memandu kereta tersebut.

Pun begitu, Fazley tetap memuji pemandu Grab itu dan meminta semua mengenali pemandu yang bernama Azman berkenaan untuk memberi markah yang lebih.

“Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmyhe is a very good driver! Please give him extra service points ok!,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Fazley telah mendapat banyak pujian daripada pengikutnya dan ramai di antara peminatnya yang mahu menjadi pemandu Grab supaya dapat dipandu oleh selebriti seperti Fazley.


Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!” . Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway. . Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmy he is a very good driver! Please give him extra service points ok!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on