Pelakon Amar Baharin mendedahkan dirinya tidak dapat turun ke Stadium Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan kebangsaan negara dengan Vietnam.

Menurut Amar, dia cuma menyaksikan perlawanan malam ini menerusi kaca televisyen kerana mahu memberi keutamaan kepada penyokong tegar Harimau Malaya yang menyokong sejak awal lagi.

"Memang tak dinafikan, keseronokan berganda bila dapat bersama-sama bersorak dekat stadium bagi semangat pada team kita #HarimauMalaya.

"Menang 3-0 pulak! Kita champion #AFFSuzukiCup2010 waktu ni. Dan malam ini sekali lagi kita ke pentas final. Doa aku semoga semua yang beraksi malam ini dikurniakan kesihatan yang baik, supaya dapat berjuang berhabis-habisan demi tanah air kita Malaysia.

27 Dec 2010 - Memang tak dinafikan, keseronokan berganda bila dpt bersama-sama bersorak kat stadium bg semangat pada team kita #HarimauMalaya . Menang 3-0 pulak !!! Kita champion #AFFSuzukiCup2010 waktu ni. Dan malam ini sekali lagi kita ke pentas final. Doa aku semoga semua yg beraksi mlm ni dikurniakan kesihatan yg baik, supaya dpt berjuang berhabis-habisan demi tanah air kita Malaysia ?? [layan kat rumah je mlm ni... bg keutamaan pada penyokong tegar yg dari awal sampai final tak putus2 turun padang support game]. Tengok kat TV pon support jugak betol? ?. . Dan kepada penyokong2 Malaysia, jgn gaduh2. Kita satu kapal, satu tujuan, dayung sama2 k ?????? . #AFFSuzukiCup2018 #HarimauMalaya #EkorHarimauMalaya #Malaysia #SehatiSejiwa

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


"Layan dekat rumah je malam ni bagi keutamaan pada penyokong tegar yang dari awal sampai final tak putus-putus turun padang support game.

"Tengok kat TV pun support jugak betul? Dan kepada penyokong-penyokong Malaysia, jangan gaduh-gaduh. Kita satu kapal, satu tujuan, dayung sama-sama k," tulisnya.

Rata-rata mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Amar dan mereka berharap agar pasukan Malaysia akan dapat menang pada perlawanan pada malam ini.

Sepak mula perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam adalah pada jam 8.45 malam.

Sementara perlawanan timbal balik di Hanoi akan berlangsung pada 15 Disember bagi memuktamadkan milik siapa gelaran Raja Asia Tenggara bagi edisi kali ini.