Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menasihati orang ramai supaya tidak mencari kesempurnaan dalam hidup mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berkongsi video bersama keluarganya dan menjelaskan kesempurnaan dalam hidup sebenarnya tidak ada sebaliknya hanya keikhlasan hati untuk menerima kekurangan yang ada dalam diri.

"Inilah kehidupan. Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.

"Bila tak dapat memberi, jangan mengambil. Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci. Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih. Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi.

Inilah KEHIDUPAN ❤️ . Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya . Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan . Bila tak dapat memberi, jangan mengambil . Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci . Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih . Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi . Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji . Bila tak dapat menghargai, jangan menghina . JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita ? . Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal . INGATLAH, Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti . Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka . Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab . . ?Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn ? #SelamatMalam #MimpiIndah #PerbaharuiSyahadah #JanganMengigauDengarSoreOman ?? #Ilebbiuuu #NakTengokBola #NakGiLangkawiYeah ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


"Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji. Bila tak dapat menghargai, jangan menghina. Jangan mencari kesempurnaah, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita.

"Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal. Ingatlah, dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti.

"Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka. Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab.

"Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn," tulisnya.

Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Abby dan keluarganya serta mereka mendoakan keluarganya akan sentiasa dilindungi dan diberi kebahagiaan selamanya.