Penyanyi Lan Solo berkongsi momen melucukan apabila dia tersalah membeli pil senggugut untuk mengubati demamnya.

Isteri Lan, Sheila yang terkejut turut berkongsi momen melucukan suaminya itu di Instagram malam kelmarin.

"Tak tahu pula aku Lan tak reti baca. Dah kenapa? Sekarang ni persoalannya, perempuan mana punya panadol menstrual tu? Aku tak makan panadol tu!" tulis Sheila bersama sepotong video.

Situasi itu turut mencuit hati peminat pasangan itu selain mendoakan kesihatan Lan segera pulih.

Hari ini, menerusi sepotong video yang dimuat naik Lan sendiri, bintang Gegar Vaganza 4 itu akui kecuaiannya.

"Malam tadi saya demam, mungkin malam tadi malam bongok saya. So faham-faham sajalah kalau I tiba-tiba bertukar," katanya.

KISAH BENAR.. tiada yang tidak benar.. melainkan yg BENAR belaka ?.. #panadolapantahhhh #lansolo

A post shared by L A N S O L O ??? (@lansolo_official) on


Dalam perkembangan lain, Lan dalam rangka latihan sempena konsert 2 Dunia bersama Fitri Haris pada 14 Disember (Jumaat) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.