Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila 15 peratus daripada penduduknya terdiri dari warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Namun, apa persediaan dari setiap anggota masyarakat hari ini.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ada tip untuk 'kekal muda' pada peringkat usia warga emas.

Menjangkau usia 92 tahun, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilihat masih bertenaga dan ceria.

Apa rahsia suri hati Tun Dr Mahathir Mohamad ini?

Enam Tip Tun Dr Siti Hasmah untuk 'kekal muda':

Pertama, makan makanan yang sihat.

Kedua, dapatkan rehat yang cukup.

Ketiga, bersenam.

Keempat, lakukan aktiviti kegemaran semasa lapang.

Kelima, sentiasa bergaul dengan rakan.

Keenam, sokongan keluarga terutama anak-anak.

Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali berkongsi tip itu semasa menghadiri Majlis Penutup Penyandang Ketiga Kursi Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Universiti Malaysia (UM).

Sumber: Astro Awani