Skuad Harimau Malaya yang bakal menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki malam esok dibekalkan dengan kata-kata semangat daripada penghibur ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Di laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi lagu Anta Permana itu menitipkan doa buat pasukan bola sepak negara memperoleh kejayaan.
"Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia. Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam," kata ibu kepada bayi comel Siti Aafiyah Khalid itu lagi.
Kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu juga, Siti Nurhaliza turut menyanyikan sedutan lagu semangat Ultras Malaya yang sering bergema di stadium setiap kali Harimau Malaya beraksi.
Sumber: Astro Awani
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita