Kumpulan K-Pop terkenal, BTS dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas tamat konsert di Taiwan semalam.

Berita itu mengundang rasa cemas di kalangan peminat yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun menurut kenyataan rasmi wakil syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertaiment memberitahu ia hanya kemalangan kecil dan BTS berada dalam keadaan selamat.



“Kejadian berlaku ketika BTS dalam perjalanan pulang ke hotel selepas selesai mengadakan konsert di Taiwan.

“Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang dinaiki BTS terlibat dengan kemalangan.

“Bagaimanapun tiada anggota BTS yang mengalami cedera dan mereka kemudiannya di bawa pulang ke hotel dengan selamat,” jelas wakil tersebut.



Difahamkan selain kenderaan yang dinaiki BTS, kemalangan terbabit juga melibatkan beberapa buah kereta dan teksi.

Terdahulu, BTS baru sahaja selesai mengadakan siri jelajah konsert ‘Love Yourself’ di Taoyuan, Taiwan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Dalam perkembangan terbaru, BTS akan membuat persembahan di anugerah Mnet Asian Music Award 2018 (MAMA 2018) yang bakal berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember ini.

Sumber: Soompi, Allkpop