Pelakon Sherry Ibrahim menyatakan rasa teruja dapat bergambar bersama isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah.

Sherry mengabadikan momen terindah itu dengan memuat naik foto di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Selfie with the adorable and one and only Tun Siti Hasmah and this will be selfie paling special untuk penutup akhir tahun 2018,” tulisnya.

Selfie with the adorable and one and only Tun Siti Hasmah and this will be selfie paling special untuk penutup akhir tahun 2018? #tunsitihasmah

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Menerusi satu lagi posting, Sherry memberitahu kenangan manis itu merupakan sejarah paling manis dalam hidupnya.

“9.12.2018, saya berasa amat bertuah. Tercipta sejarah dalam hidup Sherry apabila dapat bersama dengan YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali,” tulisnya.

9.12.2018 . I was beyond grateful. . Tercipta sejarah dalam hidup sherry apabila dapat bersama dengan YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali semalam ♥️ . Woke up , still speechless and feeling grateful cause i have so much love for our special Malaysia Prime Minister ??. Love you Tun M & Tun Siti ♥️. Semoga ALLAH swt melindungi both of you. @chedetofficial @tunsitihasmahmohamadali #tunmahathir #tunsitihasmah #syukuralhamdulillah

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan respon positif dan mendoakan agar YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi tuhan.

Foto: Instagram @sherryibrahim