Seorang gadis memenuhi permintaan ibunya untuk menonton filem sekuel Polis Evo 2.

Lebih menyentuh hati, gadis yang dikenali sebagai Bieha itu turut membawa bersama bingkai gambar arwah bapanya.

“Abah, adik tunaikan permintaan mama nak tengok #PolisEvo2,”tulisnya.

Difahamkan arwah bapa kesayangannya itu merupakan seorang anggota polis.

Tulis Bieha menerusi akaun Twitternya, dia berada bangga dengan kerjaya arwah bapanya.

Bieha juga menyatakan rasa puas hati melihat ibunya tersenyum selepas menonton Polis Evo 2.

“Puas hati tengok mama tersenyum lepas keluar wayang tadi.

“Tunggu habis edah, tunggu anak dia ni gaji, tunggu tiket hari Rabu sebab murah sikit.

“Dalam kereta throwback scene @zizanrajalawak, @shaheizy_sam @hairulazreen dalam #PolisEvo2.

“Bie pun akan bangga arwah abah Bie juga!” coretnya.


Selain Zizan dan Sam, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!