Penyanyi Indonesia, Anji mengakui golongan yang mempunyai golongan mempunyai masalah pendengaran harus diberi perhatian sama seperti orang biasa.

Menurut Anji, dia tidak sagka apabila video muzik lagu Dia mendapat perhatian ramai terutama golongan yang mempunyai masalah pendengaran.

"Sejak dilancarkan dua tahun lalu, lagu ini banyak meninggalkan kesan positif kepada masyarakat di Indonesia.

"Perkara itu juga memberi kesedaran pada semua untuk ambil tahu mengenai bahasa isyarat dan memberi perhatian kepada golongan seperti ini.

"Orang pekak ada hak untuk mendapat maklumat dan menikmati muzik secara unik melalui video muzik yang saya lakukan dengan menggunakan bahasa isyarat.

"Dengan adanya pendekatan ini ia dapat membantu mereka untuk menikmati sesebuah karya itu dengan baik dan saya lihat ia sangat membantu mereka," katanya kepada Gempak.

Anji berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video kareoke lagu Dia di Red Box, Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.