Pada malam ini, Ceria Popstar memberikan peluang kepada empat orang peserta yang telah tersingkir iaitu Hazmil, Reza, Dalili dan Irfan menerusi Konsert Peluang Kedua.

Hazmil bakal membawakan lagu Laksamana Raja DI Laut, dendangan asal Datuk M. Daud Kilau dan Reza, bakal menyanyikan lagu Malam nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Peserta yang berasal dari Johor, Irfan bakal menyanyikan lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique manakala Dalili bakal menghiburkan penonton dengan menyanyikan lagu I’m With You nyanyian asal Avril Lavigne.

Selain itu, empat orang peserta yang layak ke peringkat separuh akhir juga turut membuat persembahan istimewa yang didedikasikan khas buat semua insan bergelar ibu di luar sana sempena Hari Ibu Sedunia yang disambut minggu lalu bersama Cikgu Jaclyn Victor dan Cikgu Mark Adam.

Namun begitu, Mark Adam mengalirkan air mata selepas selesai menyanyikan lagu Anak dalam bahasa Tagalog. Dengar cerita, Mark menangis kerana merindui ibunya. Jika ingin tahu sebab sebenar Mark menangis, jangan lupa saksikan Konsert Peluang Kedua Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini.

Ceria Popstar yang dihoskan oleh Nabil Ahmad menampilkan Awie dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri tetap. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Jangan lupa saksikan saksikan Konsert Peluang Kedua Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.