Shah Slam Buat Cabaran Bentuk 'Love' Guna Kucing

Hiburan
Shah Slam Buat Cabaran Bentuk 'Love' Guna Kucing
Ada saja cerita gitaris popular, Shah Slam menghiburkan peminatnya termasuk aktiviti terbaru melakukan cabaran membentuk 'love' dengan menggunakan kucing.

Mungkin ia suatu yang dianggap pelik apatah lagi menggunakan haiwan sebagai 'bahan jenaka' di media sosial.

Bagaimanapun, aksi Shah yang memuat naik satu video mengusik dua ekor kucing yang dipercayai berada di rumahnya untuk melakukan bentuk 'love' membuatkan netizen terhibur.

Dua kucing comel tersebut juga kelihatan sedang tidur ketika Shah mengusik mereka.

"Cabaran buat bentuk 'love' guna haiwan berbulu. 'Terer' buat la kalau berani," katanya dalam status tersebut.
 

Status Shah itu menarik perhatian netizen yang turut memberikan komen kedua kucing itu begitu comel.

"Mana jadi 'love', sakit perut tahan ketawa," kata netizen yang dikenali sebagai @sitirohaizah85.

Netizen @suriyah_sue pula berkata kasihan kucing diganggu masa tidur tapi memang geram nak kacau.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
 

Artikel Berkaitan