Pengacara TV, Anim Ezati memuat naik beberapa gambar memakai tudung yang menari perhatian netizen.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Sending good vibes," tulis Anim ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anim menyukai imejnya mengenakan tudung dan berharap agar dia mengekalkannya.

"Cantik sangat, slowly okay, takpa.

"Manis je Kak Anim pakai tudung, saya suka tengok, semoga terus istiqamah.

"Semoga terus itiqamah, cantik bertudung," tulis netizen.

Sending good vibes ?

A post shared by Anim Ezati Rizki (@animezatirizki) on


Sebelum aktif bergiat sebagai seorang pengacara TV, Anim pernah berkerja sebagai seorang pramugari yang berkhidmat untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan.