Lima Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Selepas SPM

Hiburan
Lima Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Selepas SPM
Pasti ramai pelajar boleh menarik nafas lega sebaik sahaja selesai menjawab soalan terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM 2018.
 
Maklumlah, SPM merupakan time paling crucial bagi pelajar untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap modul yang diambil.
 
Sudah pasti pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah pengorbanan waktu tidur dan juga percutian. Oh God!
 
Jadi Gempak kongsikan lima perkara yang boleh anda lakukan selepas SPM:
 

1. Tidur lebih 12 jam

 

Ini memang target utama setiap pelajar. Cuba kenang kembali saat-saat susah payah bersengkang mata kerana mengulangkaji pelajaran sehingga ‘muncul’ lingkaran hitam (dark circle) di bahagian bawah mata, fuh memang boleh bawa gaduh!
 
Apa tunggu lagi, tidurlah. Dapat pula tidur lebih 12 jam fuh memang heaven! Tipulah kalau tidak ada yang pernah buat kan? Ha Tidur-tidur juga tapi jangan lupa kunci jam bangun sebentar untuk solat ya!
 

2. Kemas buku sekolah dan simpan


 
Buku sekolah? Revision? Apa tu? Ha ini merupakan antara komen lucu sering diberi oleh pelajar kepada keluarga atau pun rakan-rakan secara berseloroh apabila ditanya mengenainya.
 
Boleh dijamin, lepas SPM pasti buku tidak akan terusik. Andai kata diletakkan di atas meja ha seminggulah kedudukan buku tersebut tidak berubah. Betul tak?
 
Jadi daripada dibiarkan tidak berusik dan berhabuk, lebih baik kemaskan dan simpan elok-elok di dalam kotak. Mana tahu esok-esok boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan ye dak?
 

3. Nak Tengok wayang? Polis Evo 2 kan ada



Come on guys! SPM dah habis jadi why not hilangkan tekanan dengan menonton Polis Evo 2. Boleh lah join the club dengan penonton lain dan alami sendiri bagaimana gelisahnya apabila ada aksi yang membuatkan jantung anda berdegup kencang.
 
Oh! Tidak dilupakan juga babak viral yang memaparkan aksi lucu dan bersahaja Zizan ketika berdepan dengan pihak lawan.
 
Paling kelakar apabila melihat reaksi wajah Zizan ketika mengungkapkan bait ayat “Bang tali kita cabut bang, tolong ikat tali kita ni,”
 
 
4. Cari kerja part-time


 
Sementara menunggu keputusan SPM, ini masa yang sesuai bagi pelajar yang ingin mencari pendapatan. Secara tidak langsung boleh juga membantu kewangan ibu dan bapa.
 
Berjaya membeli barang kemahuan seperti tiket konsert, baju berjenama atau kasut baru dengan menggunakan wang sendiri pasti menjanjikan kepuasan luar biasa.
 
 
5. Ho Ho Holiday!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

If traveling was free, you would never see us again #offthemap

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Ini paling penting! Selepas berbulan-bulan struggle dengan pelajaran kini tibalah masanya untuk hilangkan tekanan. Salah satu caranya adalah bercuti!
 
Kumpul rakan-rakan baik anda dan teruskan dengan rancangan percutian yang tertangguh sebelum ini, dalam atau luar negara tidak menjadi masalah. Asalkan cuti! Yeayy!
 

Artikel Berkaitan