Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendengarkan lagu-lagunya.

Perkara itu dikongsi Yuna menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu bahawa lagu-lagunya telah dimainkan di lebih 76,000 bandar di seluruh dunia menerusi aplikasi Spotify.

"Terima kasih kerana selalu mendengar lagu-lagu saya ketika lewat malam, ulang kaji pelajaran, memandu, minum kopi di pagi hari, kelas menari dan selepas putus cinta.

"Terima kasih kerana menghidupkan muzik saya, menurut apa yang saya peroleh dari Spotify, lagu-lagu saya telah dimainkan di 76,890 bandar di seluruh dunia," tulisnya sebagain kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Yuna berasa bangga dengan berita itu dan memuji kualiti muzik dan nyanyiannya.

Thank you for playing my music during your quiet late nights, studying, driving, having your morning coffee, dance class, after breaking up with someone lol (i get this a lot!).. thanks for giving my music a place to live, when I first started doing this 10 years ago they only lived within the walls of my bedroom. Love you all??❤️ @spotify also said my music is played in 76,890 cities around the world.. what!!! ?❤️?? u crazy spotify!

A post shared by Yuna (@yuna) on


Yuna mulai aktif bergiat sebagai seorang penyanyi pada tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya di persada antarabangsa sehingga kini.