Pelakon Nora Danish bersyukur apabila mempunyai keluarga dan suami, Nedim Nazri yang memahami dengan kerjayanya.

Menurut Nora, suaminya sangat menyokong sagala aktiviti yang dilakukan olehnya terutama aktiviti dalam bidang seni.

"Saya bersyukur dapat suami yang sangat menyokong kalau saya ada kerja atau pengambaran lakonan dia akan beri kebenaran.

"Saya tak kisah jika sibuk dengan aktiviti lakonan kerana saya tidak risau dengan anak kerana saya tahu akan ada yang menjaganya dengan baik.

"Saya pun juga masih mengejar cita-cita saya dan tidak mahu ada halangan untuk mengecapinya.

"Alhamdulillah saya ada keluarga yang sangat memahami dan suami yang membuatkan segalanya berjalan dengan lancar," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).