Penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri baru sahaja melancarkan single terbaru beliau berjudul Ku Bersuara.

Ernie kini bernaung di bawah syarikat rakaman Rocketfuel bersama sahabat baiknya, Syamel. Malah lagu tersebut turut ditulis oleh Syamel.



Ernie turut mengadakan peraduan Eat & Greet bersama beliau. Anda cuma perlu tiru tiga reaksi wajah Ernie dan kemudian muat naik ke Instagram.

Cuba dengar background music tu ? CONTEST UNTUK MEMENANGI EAT & GREET DAN PERLANCARAN MV #KUBERSUARA 12 DEC 1. Tiru 3 reaksi muka Ernie a) muka happy b) muka frust c) muka kelakar (SWIPE TEPI) 2. Hasil mengikut kreativiti tersendiri. Boleh hantar secara gambar atau video 3. Post dan Hashtag #KUBERSUARACONTEST 4. Pastikan akaun instagram anda tidak private. 3 pemenang yg bertuah akan dipilih untuk berjumpa dengan Ernie di Eat & Greet Pemenang boleh membawa seorang (1) lagi teman. 3 orang pemenang akan mendapat barangan eksklusif #KUBERSUARA dan barangan dari penaja. Goodluck guys! PEMENANG BAKAL DIUMUMKAN PADA 10 Disember 2018 nanti!

A post shared by @ erniezakri on


Tiga pemenang bersama pasangan masing-masing akan dapat makan bersama serta bertemu dengan Ernie, selain barangan eksklusif.

As Salam Guys.. DO CHECKOUT THIS NEW SINGLE FROM @erniezakri Written by @syamel_official ???? well done! It’S AWESOME!!! ❤️ Ku Bersuara... ?

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70) on


Dalam pada itu, Anuar Zain yang merupakan bapa saudara Ernie turut mengucapkan tahniah dan memuji lagu tersebut.



Ernie Zakri lebih dikenali ramai selepas menyertai dan menjuarai program Duo Star bersama Syamel. Kemudiannya beliau menjadi guru vokal untuk peserta program Big Stage.