"Last Solat Umur 13 Tahun, Sekarang Dah 17 Tahun... Masuk Club & Minum Arak" - Ebit Lew Tak Dapat Tidur Fikirkan Anak Remaja

Hiburan

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menceritakan momen ketika berkongsi pengalaman bersama 600 orang pelajar dalam sebuah sesi luahan perasaan.

Menerusi entri di Instagram, Ebit menjelaskan dirinya sukar tidur malam akibat terlampau memikirkan mengenai kisah yang dikongsikan oleh kumpulan remaja terbabit.

"Sebak bersama 600 ratus pelajar tiga hari dua malam. Hampir semua meluah rasa yang buat saya menangis. Tak dapat tidur semenjak semalam fikir anak remaja yang sebenarnya jiwa mereka lembut dan baik.

"Sakit rasa dan berat rasa ini semua salah saya. Mereka semua anak baik yang rindukan bimbingan dan kasih sayang. Anak ini sebenarnya rindu pada ayah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak bersama 600 ratus pelajar 3hari 2malam. Hampir semua meluah rasa yang buat saya menangis. Tak dapat tidur semenjak semalam fikir anak remaja yang sebenarnya jiwa mereka lembut dan baik..sakit rasa dan berat rasa ini semua salah saya.. Mereka semua anak baik yang rindukan bimbingan dan kasih sayang.. Anak ini sebenarnya rindu pada ayah. Menjadi anak sulung. Mak ayahnya baik dan sempurna cuma kadang-kadang kita tak perasan apa yang berlaku.. Paling sedih ada anak remaja yang lain cerita last solat umur 13 tahun..sekarang dah 17 tahun. Cerita masuk club dan minum arak. Rata-rata dah lama tak solat langsung dan kuat melawan mak ayah. Bila cerita tentang Allah dan Nabi saw terasa benar-benar dekat dengan jiwa. Tak cukup masa 3hari ini. Dan tak sempat nak bercakap dengan semua. Ramai cerita tak tahu solat dan sah atau tidak..Allahuakbar.. Ya Allah berkatkanlah masa hidupku dan gunakanlah kami semua untuk membimbing anak muda Islam kami. Mereka semua baik-baik..-ebitlew @prokids www.transformjiwa.com #savanaHillUluTiramJohorBahru #kualaKububharuselangor

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 
"Menjadi anak sulung. Mak ayahnya baik dan sempurna cuma kadang-kadang kita tak perasan apa yang berlaku. Paling sedih ada anak remaja yang lain cerita last solat umur 13 tahun, sekarang dah 17 tahun. Cerita masuk club dan minum arak. 

"Rata-rata dah lama tak solat langsung dan kuat melawan mak ayah. Bila cerita tentang Allah dan Nabi s.a.w terasa benar-benar dekat dengan jiwa. Tak cukup masa tiga hari ini. Dan tak sempat nak bercakap dengan semua. 

"Ramai cerita tak tahu solat dan sah atau tidak. Allahuakbar. Ya Allah berkatkanlah masa hidupku dan gunakanlah kami semua untuk membimbing anak muda Islam kami. Mereka semua baik-baik," tulisnya.

Rata-rata yang menyaksikan video yang dikongsi oleh Ebit tersentuh dan mendoakan agar remaja tersebut akan berjaya dalam hidup mereka serta memperbaiki kekurangan diri.
 

Artikel Berkaitan