Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram (IG) miliknya yang dirakam pada tahun 2012.

Menerusi entri tersebut, rata-rata peminatnya berkongsi tips untuk Abby terus berusaha menurunkan berat badannya.

"Bila nak kurus ni.Coach Tolonggggg!

"Saja lalukan gambar 2012 ni untuk naikkan semangat. Mohon doa ye. Nak kurus tak nakk gemuk," tulisnya.

Bila nK kuruuussss ni ?? #CoachTolonggggg!! ??? . Saja lalukan gambar 2012 ni utk naikkan semangat... mohon doa ye. Nakkkk kuuruusss taknakk gemoOoOkk! ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar Abby terus bersemangat untuk kurus dan ada juga diantara mereka berkongsi tips yang pernah dilakukan sebelum ini.

"@appecut.weightloss: Semoga dimudahkan urusan Kak Abby nak kurus ya. Kalau nak belajar jaga makan atau kawal selera makan dan turunkan berat. Boleh cuba Appecut."

"@nurulshariff29: Jangan cakap je. Kena buat dan tahan makan yer. Sabar tu penting. Sabar dalam makanan."

"@delailamylove: @abby_abadi112. Kalau kurus sure lagi meletop. Nak kurus bukan untuk melawa saje betul tak kak @abby_abadi112. Biar sihat dan yang penting nak beramal ibadat pun selesa sebab badan ringan."

"@eyka_fiezal:Ibu saya cakap kalau nak badan kurus. Jangan makan nasi time malam. Banyakkan makan lauk dari nasi. Satu lagi jangan minum ais. Insyallah cuba buat macam tu. Start dari pukul 8 malam tu jangan makan nasi. Cuma makan lauk, banyakkan makan sayur."