Penerbit terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli bakal menjalinkan kerjasama dengan sebuah stesen televisyen di Singapura bagi menerbitkan dan membekalkan drama. Kata Rafiena, pihak stesen berkenaan menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama selepas berpuas hati dengan beberapa drama terbitan syarikatnya yang telah disiarkan. “Saya sendiri amat terharu dengan perkembangan ini dan apa lagi yang boleh saya katakan selain bersyukur kepada Tuhan. “Saya dimaklumkan mereka gembira kerana drama terbitan Darkwave Pictures mendapat rating yang tinggi dan sambutan hangat daripaada penonton,” katanya. Mengulas lanjut, Rafiena yang juga pelakon itu berkata, satu perbincangan lanjut akan diadakan tidak lama lagi untuk ke peringkat seterusnya. Tambah Rafiena, pihak stesen berkenaan juga menyatakan hasrat untuk membeli drama Syurgaku Tak Sempurma 2 yang sedang dalam penggambaran. Sementara itu, Rafiena turut meraikan berita gembira itu bersama lebih 40 anak angkatnya di Melaka baru-baru ini. “Sebenarnya saya memang sudah berniat untuk makan-makan bersama mereka sebelum ini. Jadi bila dapat berita gembira ini, saya terus mencari masa ke sana. “Lebih bermakna, saya juga bakal mengerjakan umrah Isnin ini, jadi saya minta mereka doakan sekali agar semuanya berjalan lancar. "Darkwave memang sentiasa menjalin hubungan dengan anak-anak angkat di beberapa sekolah dan pusat Tahfiz termasuk di Shah Alam dan Kuala Kangsar," katanya lagi. Terbaharu, Rafiena turut teruja menantikan telefilem Janin yang bakal ditayangkan di Astro Citra pada 15 Disember ini.
"Tunjuk Perkembangan Positif, Tapi Masih Di ICU..." - Lana Nodin Bersyukur Walaupun Anaknya Masih Perlu Dipantau 17 Feb 2019
"Saya Beri Nama Baru Siti Maryam..." Rebecca Nur Al Islam Bantu Pembantu Rumahnya Peluk Islam 17 Feb 2019
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 17 Feb 2019
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 15,795
"Semua Cantik! Macam Sebaya Je Semuanya..." - Komen netizen di Gambar Siti Nurhaliza Bersama Menantu 6,105
Beruntung Jadi Insan Bernama Neelofa Ni, Jadi Tetamu Pertama Di Resort Mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi 5,785