Penyanyi Kaka Azraff dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang usahawan kacak yang bernama Adam.

Hubungan antara pelantun lagu Bukan Hal Aku dan teman lelakinya itu dikatakan sudah memasuki fasa serius.

Baru-baru ini, Gempak mendapat kiriman video dari seorang peminat.

Menerusi video yang diambil dari ruangan Instagram Stories milik Adam, keluarga teman lelaki Kaka dilihat berkunjung ke rumah penyanyi terbabit.

Ada seorang wanita yang menyarungkan cincin ke jari manis Kaka, tetapi Gempak tidak dapat memastikan sama ada majlis yang berlangsung itu merupakan majlis pertunangan atau majlis merisik.



Adam turut berkongsi fotonya bersama Kaka dengan kapsyen, "Say hello to my soon to be ex girlpren @kakaazraff."

Pada 13 November lalu, pereka fesyen Tengku Syahmi turut berkongsi foto Kaka dan kekasih di laman Instagram peribadi miliknya bersama kapsyen yang menimbulkan tanda tanya.

"This very 'Sibuk' couple. It has been nothing but a love laughfest getting to know the both of you! Looking forward to December guys!" tulis Syahmi.

Kapsyen Syahmi seakan memberikan bayangan akan ada majlis melibatkan Kaka dan kekasih yang bakal berlangsung pada Disember ini.



Jika benar anak saudara kepada Ratu Rock Ella itu sudah bertunang, Gempak ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kaka atas berita gembira ini...

Semoga hubungan yang dibina kekal abadi dan semestinya Gempak tidak sabar mahu menantikan Kaka naik pelamin dengan pasangannya!