Netizen meluahkan rasa sebak sebaik sahaja mengetahui kondisi sebenar teraju utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam sewaktu menjalani penggambaran filem sekuel berkenaan.

Perkara itu diceritakan semula oleh pelakon Zizan Razak yang mengimbas kembali kesukaran ditempuhi oleh mereka sebelum Polis Evo 2 menjadi fenomena selepas ditayangkan di pawagam.

Antaranya, detik cemas yang terjadi apabila Sam mengalami sesak nafas dan kebas separuh badan sehari sebelum kembali ke lokasi penggambaran.


“Doktor cakap dia sepatutnya duduk hospital satu hari lagi, tetapi dia keluar hospital pada pukul 6 pagi.

“Doktor kata tak boleh keluar tetapi dia tetap keluar sebab nak teruskan penggambaran.

“Cedera, zat besi hilang daripada badan. Saya pun tak tahu apa nak jadi dengan dia. Saya dah cakap dengan Sam jangan sampai jadi macam ni,” katanya sambil menahan sebak.

Video itu dikongsi menerusi akaun Instagram Astro Shaw dan juga Facebook Gempak.

[ DI SEBALIK KEJAYAAN #PolisEvo2 ] Di sebalik kejayaan Polis Evo 2, ada kepayahan yang dilalui oleh Shaheizy Sam & Zizan Razak…Jom kita dengar kisah disebalik kejayaan ini~ JAGA-JAGA BOH! ?? #PolisEvo2 KINI TELAH MEMBUKA KERTAS SIASATAN DI BALAI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA??,BRUNEI ?? & SINGAPURA ?? #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo #JagaJagaBoh

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Menerusi ruangan komen, netizen akui sebak melihat kesungguhan dan juga sikap dedikasi mereka berdua demi memberikan yang terbaik untuk filem terbabit.






BACA: “Kebas Satu Kaki, Muka Dah Start Pucat Dan Masuk Wad Kecemasan…” – Shaheizy Sam

Selain Zizan dan Sam, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!