Pelakon filem PASKAL The Movie, Theeban Govindasamy mengakui bersyukur apabila mempunyai seorang kekasih yang memahami dengan tugasnya sebagai seorang selebriti.

Menurut Theeban, kekasihnya tidak cemburu apabila ada wanita ingin mendekati dirinya selepas namanya mula dikenali menerusi filem Paskal.

"Kekasih saya tidak tertekan langsung kerana dia sudah memahami kerja saya sebagai seorang pelakon dan mula dikenali oleh orang ramai.

"Dia belajar untuk menerima perubahan yang berlaku ini kerana dia sudah biasa dengan keadaan ini.

"Bagi dia perubahan yang berlaku ini tiada apa-apa pun kerana dia faham dengan tugas saya.

"Buat masa sekarang kami masih belum fikir untuk berkahwin kerana kami baru berusia 28 tahun dan masih banyak perkara harus dilakukan," katanya kepada HLive.

Jangan lupa untuk menyaksikan PASKAL The Movie yang sudah mula ditayangkan di Astro First dan penonton dapat memuat turun filem tersebut untuk tontonan bersama seisi keluarga.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).