Tanggal 6 Disember merupakan hari lahir puteri kepada pelakon Ezzaty Abdullah dan suaminya, Azwan Kombos.

Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Ezzaty telah memuat naik foto 'throwback' ketika mengandungkan Harum Dalia beserta kapsyen.

"Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu.

"Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam. Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.

"Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah.

"Hai lah budak kecik. Dah setahun dah awak harini. Kejap je rasanya.

Tak lama lagi dah besar, ada boyfriend pastu rasa nak kahwin pulak dah. Oh no!!! Cepatnye," tulis Ezzaty.

Azwan juga memuat naik foto bersama beserta ucapan khas sempena hari kelahiran Harum.

"Happy 1st birthday @harumdahlia..I want to be the 1st to wish you that.

"Gambar ni nampak bosan. But too much love in it. Grow up to be amazing like your mom," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ezzaty turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Harum.

Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.

Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum mmg x reti duduk diam. Kalau diam tu sbb dia tido je. Sama lah skrg pun. Kalau tido je Harum diam. Kadang2 rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam2 lah. Hai lah budak kecik. Dah setahum dah awak harini. Kejap je rasanya. Tak lama lagi dah besar, ade bf pastu nak kahwin pulak dah. Oh no!!!!! Cepatnyerrrrr???

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Happy 1st birthday @harumdalia .. i want to be the 1st to wish you that. Gambar ni nampak bosan. But too much love in it. Grow up to be amazing like your mom. 6/12 #decemberbaby

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on