Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang gemar mencari keburukan orang lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Haqiem bersyukur disebalik kecaman diterima, masih ada lagi orang menghargai bakat yang ingin diketengahkan olehnya dalam bidang muzik.

"Thank you kerana menghargai karya music. Bagi yang haters yang kecam tu, korang kecam macam mana pun mereka tetap support kami BBNU.



"Nak buat camno? HAHAHAHAHAHA OOPSSSS! Korang tak boleh buat apa-apa. Support je lah ok. Kita positive dan bersihkan hati," tulisnya.

Sebelum ini setiapa tindakan yang dilakukan oleh Haqiem sering mendapat kritikan daripada netizen dan perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya menghasilkan muzik yang berkualiti.

Dalam perkembangan terbaharu, Haqiem akan muncul dalam program Bintang Minggu Ini bersama Suffian Suhaimi atas satu pentas.

Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.

Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.

Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.