Pasangan penyanyi Khai dan Rosma mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambar mereka untuk melakukan perniagaan tanpa kebenaran.

Menerusi entri di Instagram (IG), Khai menjelaskan dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pihak terbabit.

"Amaran keras kepada yang menjaja muka kami untuk kepentingan bisnes mereka. Banyak sangat aduan kami terima, penat dah berdiam diri.

AMARAN KERAS KEPADA YANG MENJAJA MUKA KAMI UNTUK KEPENTINGAN BISNES MEREKA. BYK SGT ADUAN KAMI TERIMA, PENAT DAH BERDIAM DIRI? . KAMI AKAN BUAT REPORT POLIS❗️ . KERANA MELIBATKAN REPUTASI BISNES & DIRI KAMI JUGA. . SEBELUM BELI PASTIKAN PRODUK ITU DRPD KAMI YANG ADA STICKER HOLOGRAM. . PRODUK @mssenaros_hq DALAM BENTUK SERBUK BKN PIL. DULU PRODUK KAMI DIKENALI SEBAGAI MAGIC SLIMs KINI TIDAK LAGI. . JGN TERSALAH BELI❗️SEBARANG AKIBAT KAMI TIDAK TANGGUNG❗️ . #KhaiRosma . #MsSenaRos Formerly Known #MagicSlims

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


"Ini kerana melibatkan reputasi bisnes & diri kami juga. Sebelum beli pastikan produk itu daripada kami yang ada sticker hologram. Produk kami dalam bentuk serbuk bukan pil.

"Jangan tersalah beli️ sebarangan akibat kami tidak tanggung.

Semoga dipermudahkan... InsyaAllah... Amin... . Done report POLIS & KPDNKK. Esok report SHOPEE & SKMM pula. Kali ini kami all out habis2an... Tungguuuu... ??? . #KhaiRosma #Report #Alhamdullilah #MsSenaRos #MagicSlims #KRsuccessful #MSbyKR #MSbyKhaiRosma

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


"Semoga dipermudahkan. InsyaAllah. Amin. Done report polis & Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK). Esok report SHOPEE & Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula. Kali ini kami all out habis-habisan. Tunggu,"tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Khai dan ada juga mengakui pernah memberi produk salah kerana penjual menggunakan gambar mereka.