Aktres Bollywood, Preity Zinta berang terhadap jurulatih pasukan kriketnya miliknya, Kings XI Punjab kerana prestasi pasukan yang merundum.

Dipetik menerusi India Today, Sanjay Banjar dimaki teruk oleh Preity kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan sejak kebelakangan ini.

Lebih mengejutkan, Preity turut turun padang untuk memantau perlawanan pasukan Kings XI Punjab yang kini berada di antara pasukan tercorot liga.

Tindakan tersebut mendapat kritikan peminat sukan kriket di India yang menyifatkan ianya satu tindakan kurang profesional dan melampaui batas.

Terdahulu pada 2012, Preity dihentam hebat peminat pasukan Kings XI Punjab kerana kelantangannya mengkritik prestasi para pemain dan jurulatih sehingga menganggu suasana kem latihan pasukan tersebut.