Pelakon Nadzmi Adhwa seakan-akan memberikan bayangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.
Menerusi ucapan buat kedua-dua orang tuanya sempena ulangtahun perkahwinan ke-30 semalam, Nadzmi sempat berseloroh.
"Happy 30 years anniversary My Dunya and My Jannah. May Allah always bless you both with health, wealth, prosperity and happiness.
"Nanti Angah hadiahkan menantu ya. Eh? Berangan tak salah," tulisnya bersama sekeping foto bersama ibu dan bapanya.
Netizen pula mengaitkan nama bakal menantu keluarga itu tidak lain tidak bukan pelakon Ardell Aryana.
Nadzmi dan Ardell mulai rapat sejak bergandingan dalam drama Namaku Bedah pada 2015.
Hubungan itu bertambah erat ketika Ardell jatuh sakit pada Jun lalu.
Terkini Nadzmi dan Ardell merakamkan single bersama berjudul Wanitaku yang kini sudah trending di YouTube.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita