Meskipun sering menduduki tangga ke bawah undian TikTok program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), peserta Dany Beler tetap memikat hati juri dengan persembahannya pada setiap minggu.

Masuk minggu kelima pada minggu lalu, Dany turut meraih pujian daripada ketua juri, Douglas Lim yang menyifatkan persembahan jejaka berusia 23 tahun itu cukup berani di pentas MLM 2018 bersaing dengan peserta berkumpulan lain.

"Susun lawak sangat kemas, memang jelas di mana 'set up' dan 'punchline'. Satu benda yang boleh diperbaiki adalah pesona awak macam budak jahat dan nakal sikit tapi bila masuk terlalu baik.

"Jika masuk dengan muka jahat dan masuk cerita, penonton lebih senang nak percaya," katanya kemudiannya memberikan 4 'ha' kepada Dany.

Pada minggu lalu, Dany bersama 9 peserta lain berdepan cabaran membuat persembahan dengan tema kenangan. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan Abioso yang diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu lalu.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak & IG @danybeler