Menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram pelakon jelita Fasha Sandha, aktres itu memuat naik video kunjungannya ke kediaman usawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida.
Menerusi video terbabit, Fasha dan anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma bermain serta bermesara dengan anak Aliff dan Shahida.
Apa yang menariknya, Aliff sempat bergurau dengan Fasha dan bertanyakan soalan mengenai 'baby' kepadanya.
"Dapat baby, ready tak?" soal Aliff.
Sambil tersenyum, Fasha tenang menjawab soalan Aliff.
"Ready, selalu ready... Pinjam baby kawan-kawan je ni," jawab Fasha.
Di ruangan komen, peminat memuji sifat keibuan yang ada dalam diri aktres tersebut.
Netizen juga gembira melihat sikap penyayang Fasha dan tidak sabar menantikan waktu aktres itu naik pelamin dengan tunangnya, aktor Aidil Aziz.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai dua orang anak.
Setelah beberapa tahun hidup solo selepas bercerai dengan Rizal, Fasha mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November baru-baru ini.
Foto: Instagram Fasha
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita