Cuti sekolah kembali lagi! Sempena meraikan musim cuti persekolahan yang baharu sahaja bermula, Astro membawakan pelbagai rancangan dan filem menghiburkan yang terdiri daripada beberapa genre seperti animasi, komedi, fantasi dan drama selari dengan citarasa penonton terutamanya segmen kanak-kanak dan remaja. Malahan, sajian rancangan ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Astro Ceria, saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediakan pelbagai rancangan animasi terbaik untuk menceriakan masa lapang pada musim persekolahan ini. Antaranya adalah buah tangan terbaharu Didi & Friends iaitu ‘Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends Musim 3’ (bersiaran pada setiap hari, jam 8.00 pagi dan 3.00 petang) yang memperkenalkan rakan-rakan baharu Didi beserta dendangan 39 buah lagu rakyat dari seluruh dunia.

Selain itu, animasi Omar & Hana membawakan ‘Omar & Hana Musim 2’ (bersiaran pada setiap hari, jam 11.30 pagi dan 6.00 petang) di mana turut menampilkan lagu-lagu baharu yang menggalakkan penonton menyanyi dan bermain sambil belajar menerusi nyanyian lagu-lagu Islamik.

Tawaran rancangan animasi di Astro Ceria turut diperhebatkan dengan pengenalan slot ‘Lepak @ Les’ Copaque’ yang menghimpunkan rancangan animasi terbitan Les’ Copaque iaitu ‘Upin & Ipin’, ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘Puteri’. Menerusi slot yang akan bersiaran pada setiap hari, jam 1.00 petang ini, penonton akan dapat menyaksikan siri terbaharu animasi Upin & Ipin iaitu ‘Upin & Ipin Iqra’ yang mengisahkan dua beradik kembar dan rakan-rakan mereka menghadiri kelas bacaan Al-Quran bersama Ustaz Sheikh Karem Al Makki.

Selain itu, animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ juga kembali dengan musim terbaharu dengan mengangkat kisah-kisah rakyat yang menghiburkan serta sarat dengan teladan seperti kisah ‘Sang Kancil & Singa’, ‘Kisah Bangau’, ‘Ayam & Musang’ dan banyak lagi. Animasi ‘Puteri’ pula mengisahkan kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara dengan menggunakan keistimewaan yang dimiliki masing-masing.

Seleksi rancangan sempena musim cuti persekolahan di Astro turut diperhebatkan lagi dengan kehadiran beberapa filem antarabangsa popular yang disiarkan di saluran HBO seperti ‘Finding Dory’ (bermula pada 1 Disember jam 4:55 petang) dan ‘Paddington 2’ (bermula 22 Disember, jam 9.00 malam). Di saluran DIVA pula, penonton berpeluang menonton filem ‘Minions’ (bermula 6 Disember, jam 9.55 malam), ‘Mr. Bean’s Holiday’ (bermula 13 Disember, jam 9.55 malam) dan ‘Despicable Me 2’ (bermula 20 Disember, jam 9.55 malam).

Bagi memberi lebih pilihan dan fleksibiliti kepada penonton, mereka turut boleh menonton rancangan musim persekolahan pada bila-bila masa dan di mana sahaja secara atas talian menerusi perkhidmatan ‘on demand’. Antara rancangan yang boleh didapati di ‘on demand’ adalah ‘Spongebob Squarepants’, ‘Mickey Mouse Clubhouse’, ‘Ben10: Omniverse’, ‘Didi & Friends’, ‘Cam & Leon’, ‘Geng Bas Sekolah’, ‘Omar & Hana’ serta rancangan kartun berbahasa Tamil, ‘Adventures of Motu Patlu’ dan ‘Bommi Good and Bad Touch’. Tidak ketinggalan, rancangan kartun berbahasa Mandarin yang baharu iaitu ‘New Tong Tong’s Wonderland Musim 2', ‘All New Jackie Chan’s Adventures’ dan ‘The Five Elves: A Magical Journey’ turut boleh didapati di ‘on demand’.

Selain menonton rancangan yang ditawarkan, kanak-kanak dan remaja boleh meluangkan masa bermain pelbagai jenis permainan atas talian di laman web Eksplora Ceria, https://eksploraceria.astro.com.my/landing

Setiap permainan di Eksplora Ceria bertemakan rancangan di Astro seperti ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana,’ ‘Cam & Leon’ dan ‘Suatukala’. Mereka turut berpeluang memenangi hadiah mingguan menarik dengan mengumpul mata daripada setiap permainan yang dimain.

Anda juga dijemput untuk memeriahkan acara tahunan Astro, ‘Fun Escaped’ di musim cuti persekolahan ini di pusat membeli belah Sunway Pyramid (Orange Atrium) mulai 7 – 9 Disember, 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah kemunculan istimewa ‘Pink Fong Baby Shark’, ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana’, ‘Cheek-e’, ‘SpongeBob & Patrick’, ‘Club Mickey Mouse’ dan banyak lagi. Masuk adalah percuma!