Penyanyi dan bintang program Big Stage, Afieq Shazwan menulis ucapan buat fan club miliknya yang meraikan ulang tahun kedua pada hari semalam.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Happy anniversary to Afieq Shazwan Fantastic for the second year, big thanks and love you guys!" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi ucapan untuk ulang tahun kelab peminatnya itu, namun apa yang lebih menarik perhatian mereka adalah urat di lengan Afieq yang jelas kelihatan dalam gambar di entri tersebut.
"Tangan dia.
"Lemah tengok urat tu.
"Alahai urat di tangan tu," tulis netizen.
Bukan itu sahaja, selebriti Alvin Chong turut meninggalkan komen mengusik Afieq mengenai hal itu.
"PM urat tangan," tulisnya.
Tidak berdiam diri, Afieq turut membalas komen tersebut.
"Kenapa dengan urat tu, dia tak bersalah pun," tulis Afieq.
September lalu, Afieq telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Big Stage yang turut menampilkan Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima sebagai finalis di konsert akhir.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita