Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang semakin aktif berlakon iaitu Zarina Zainoordin seolah memberi amaran pada seseorang yang mempersoalkan jodohnya.

Merujuk pada status terbarunya di Instagramnya, @zarinazainoordin_zarinaaf2 menyatakan hanya ada seorang individu sahaja yang boleh tegur pasal jodohnya iaitu ibunya sendiri.

"Aku kahwin ke aku lambat kahwin ke yang boleh bersuara mak aku je, yang lain pegi jaga hal kau sendiri faham... love you," katanya bersama satu foto yang dimuat naik pada status yang sama.

aku kahwin ke aku lambat kahwin ke yg boleh bersuara mak aku je ,yg lain g jaga hal kau sendiri paham .. love u

A post shared by RELAX LA HATERS!!!!⚔️JOHOREAN? (@zarinazainoordin_zarinaaf2) on


Nyata, status Zarina itu turut menarik perhatian netizen yang memberi kata sokongan pada pelakon itu.

"Biarlah dik. Apa orang nak kata, janji kau happy kan," kata netizen dikenali sebagai @rozita2809.

Begitu juga netizen @izanshah81 berpandangan selebriti itu tetap nampak hebat.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @zarinazainoordin_zarinaaf2