Kakak kepada pelakon popular, Beby Maembong terkejut apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan jantinanya.

Ada yang melabelkan Beby transgender dan bukan wanita asli biarpun kini sudah memiliki empat cahaya mata.

"Zaman sekarang ni orang dah tak boleh bezakan tau pondan dengan perempuan betul.

"Sebab pondan lagi lawa daripada perempuan. Tak apa, I onz je nak cakap I pondan pun.

"I pondan ada suami dan ada anak keluar dari perut sendiri. Suka korang cakap I pondan," tulisnya menerusi Instastories peribadinya.



Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 29, sebelum ini mencuri perhatian umum apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.

Baca: Laaa... Duyung Viral Pinggang 23 Inci Ini Rupanya Kakak Kepada Emma Maembong

Malah, pengusaha bengkung Slimdollz itu dihujani pelbagai komen mengaitkannya dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) selepas memuat naik foto terbabit di laman sosialnya.