Luahan hati tunang kepada anggota bomba yang cedera parah akibat kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selasa lalu menyentuh hati netizen.

Wanita bernama Nurul Najihah itu berkongsi isi hati di laman Facebook peribadi miliknya bersama pautan berita mengenai keadaan semasa Adib.

"Kamu kuat. Kamu cuba utk lawan sakit kamu. Orang akan ada dengan kamu macam mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib," tulis Najihah.


Memuat naik status tersebut pada jam 4.39 petang lalu, rata-rata netizen memberikan sokongan moral terhadap Najihah.

Sebelum itu, Najihah turut memuat naik sebuah status pada jam 12.43 tengah hari.

"Kamu kuat, orang tunggu kamu. Sentiasa dengan kamu Muhammad Adib," tulisnya.


Ramai yang memohon agar Najihah terus kuat berdepan dengan ujian serta turut mendoakan agar Adib kembali sembuh seperti biasa.

Dalam pada itu, Adib dilaporkan mula sedar dan memberi respon serta faham dengan arahan yang diberikan.