Penyampai radio GEGAR, Amirul Agam memuat naik sekeping fotonya mengenakan baju Melayu di laman Instagram.

Memakai sepersalinan lengkap busana berwarna biru bersama samping, secara berseloroh, Agam telah menyebut (mention) nama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) di ruangan kapsyen.

Selain di ruangan kapsyen, Agam juga telah meletakkan 'tag' profil KJ di foto terbabit.

Salam Jumaat . Abang ni jarang nak pakai baju melayu satu set,tapi kalau pakai satu set orang kata macam abah YB @khairykj . ?? . Yeke abah ?

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on


"Salam Jumaat. Abang ni jarang pakai nak pakai baju Melayu satu set.

"Tapi kalau pakai satu set, orang kata macam abah YB @khairykj. Ye ke abah?" soal Agam.

Tidak disangka, KJ memberikan respon terhadap soalan Agam di ruangan komen.

"Jangan mimpi di siang hari," seloroh KJ.



Dalam pada itu, Agam meluahkan rasa terkejutnya di ruangan Instagram Stories kerana tidak menjangkakan yang KJ memberikan respon terhadap fotonya.

"Sekali YB @khairykj komen," tulis Agam.



Sehingga kini, komen yang ditinggalkan KJ mendapat 23 'likes'.

Agam bertugas mengendalikan segmen Ceria Pagi Hujung Minggu di stesen GEGAR setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 sehingga 10 pagi.