Hujung tahun memang ramai yang mengambil kesempatan pergi bercuti termasuk vokalis rock terkenal, Datuk Awie yang selamat pulang dari mengerjakan umrah semalam.

Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut isteri dan anak-anaknya bersama peminat yang juga ahli Sayap-Sayap Wings.

"Datuk Awie telahpun selamat pulang ke tanah air jam 6.30 petang tadi dari mengerjakan ibadah umrah bersama-sama sahabat-sahabat WMGS," makluman daripada status terkini yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @sayap2wings.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa serta ucapan. . Dato' Awie telahpun selamat pulang ke tanahair jam 6.30 petang tadi dari mengerjakan ibadah Umrah bersama-sama sahabat-sahabat WMGS. Beberapa ahli Sayap-Sayap Wings mewakili kelab turut berada di KLIA bagi menyambut ketibaan beliau. . ? @azlan_yaacob

A post shared by Sayap-Sayap Wings (@sayap2wings) on

Pada 24 November lalu, Sayap-Sayap Wings memuat naik satu status di IG mereka dengan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Awie yang ketika itu mengerjakan umrah.

Rupanya Awie meraikan hari jadinya ke-50 di Tanah Suci pada tarikh tersebut.

Dalam video yang dimuat naik menerusi status yang sama, Awie kelihatan sihat dan kepulangannya turut diraikan keluarganya.

Rasa syukur juga dikongsi peminat Awie dan Wings menerusi komen pada status berkenaan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @sayap2wings