Penyanyi terkenal, Shiha Zikir berkongsi sebuah video bertutur dalam Bahasa Indonesia.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Keren gak aku bicara Bahasa Indonesia?” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha berasa terhibur dengan gelagatnya, kebanyakkan mereka memuji kebolehan Shiha bertutur dalam Bahasa Indonesia.

Keren gak aku bicara bahasa Indonesia? ?

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Shiha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya membina popularitinya menerusi nyanyian dalam genre pop irama Malaysia serta dangdut.